SELASA, 14 OGOS 2018 merupakan
tarikh yang bersejarah kepada warga SMK Ketengah Jaya apabila dinilai dalam
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 bagi kategori Sekolah Menengah.
Anugerah yang berprestij ini dihakimi oleh Dr. Qhamariah binti Samu, Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi
Pendidikan, KPM dan En. Wan Sanazi bin Ali, Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti,
KPM. Semasa penilaian turut dihadiri oleh En. Shafruddin bin Ali Hussin,
Pengarah JPN Terengganu, Tn. Hj. Muie bin Ngah, PPD Dungun, Tn. Hj. Alias bin
Talib, Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Pegawai-pegawai BTPN Terengganu dan PKG, PIBG dan rakan-rakan strategik
SMK Ketengah Jaya. Para hakim disambut dengan gilang-gemilang oleh para pelajar
SEJAYA dan kemudiannya disusuli dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Penilaian diteruskan
dengan sesi taklimat daripada En. Hamedi Zaidi bin Mamat @ Sidek, Pengetua SMK
Ketengah Jaya dan disusuli dengan tayangan video korporat oleh Pn. Rabiahton
Adawiyah binti Ibrahim, Guru Perpustakaan Media. Seterusnya panel hakim
dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan
akhirnya dibawa ke PSS SMK Ketengah Jaya (PUSBA) untuk semakan fail. Syukur
Alhamdulillah, penilaian berakhir pada pukul 6.40 petang. Warga Sejaya amat komited dan berharap SMK Ketengah Jaya dapat melakar sejarah gemilang berjaya dinobatkan sebagai Johan
Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2018 sekaligus mengharumkan nama Terengganu di persada negara.
No comments:
Post a Comment