Wednesday, August 29, 2018
Sunday, August 26, 2018
Thursday, August 16, 2018
Tuesday, August 14, 2018
PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN (APSSK) 2018
SELASA, 14 OGOS 2018 merupakan
tarikh yang bersejarah kepada warga SMK Ketengah Jaya apabila dinilai dalam
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 bagi kategori Sekolah Menengah.
Anugerah yang berprestij ini dihakimi oleh Dr. Qhamariah binti Samu, Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi
Pendidikan, KPM dan En. Wan Sanazi bin Ali, Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti,
KPM. Semasa penilaian turut dihadiri oleh En. Shafruddin bin Ali Hussin,
Pengarah JPN Terengganu, Tn. Hj. Muie bin Ngah, PPD Dungun, Tn. Hj. Alias bin
Talib, Ketua Penolong Pengarah, BTPNT, Pegawai-pegawai BTPN Terengganu dan PKG, PIBG dan rakan-rakan strategik
SMK Ketengah Jaya. Para hakim disambut dengan gilang-gemilang oleh para pelajar
SEJAYA dan kemudiannya disusuli dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Penilaian diteruskan
dengan sesi taklimat daripada En. Hamedi Zaidi bin Mamat @ Sidek, Pengetua SMK
Ketengah Jaya dan disusuli dengan tayangan video korporat oleh Pn. Rabiahton
Adawiyah binti Ibrahim, Guru Perpustakaan Media. Seterusnya panel hakim
dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan
akhirnya dibawa ke PSS SMK Ketengah Jaya (PUSBA) untuk semakan fail. Syukur
Alhamdulillah, penilaian berakhir pada pukul 6.40 petang. Warga Sejaya amat komited dan berharap SMK Ketengah Jaya dapat melakar sejarah gemilang berjaya dinobatkan sebagai Johan
Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2018 sekaligus mengharumkan nama Terengganu di persada negara.
PROGRAM NILAM SEMPENA APSSK 2018
Selasa, 14 OGOS 2018 Program Nilam telah dijalankan di Dewan Besar SMK Ketengah Jaya sempena Penilaian Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2018. Program ini telah dihoskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Ketengah Jaya. Antara aktiviti nilam yang telah dijalankan ialah tayangan video motivasi Dr Azizan Osman yang bertajuk "Hidup untuk memberi" dan tayangan filem "Sarjan Hassan" sempena bulan kemerdekaan. Berdasarkan video yang telah ditonton murid terus menterjemahkan aktiviti mereka di dalam buku nilam. Selain daripada video yang ditonton, murid menjalankan pelbagai aktiviti seperti lakonan, menyanyi, deklamasi sajak, membina ayat, membuat rumusan. Aktiviti-aktiviti nilam yang dijalankan amat memberi impak kepada para pelajar dalam usaha menyuburkan budaya membaca di kalangan warga SMK Ketengah Jaya (Sejaya). Program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Syabas dan sekalung tahniah kerana para pelajar dapat mengikuti program ini dengan penuh semangat.
Friday, August 10, 2018
MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA APSSK, PT3, SPM & STPM 2018
“Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat,Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang
khusyuk;(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akanmenemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan
kembali kepadaNya”. (Surah Al Baqarah 45-46)
Pada hari ini berlangsungnya Majlis Solat Hajat sempena
menjelangnya Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK),
Peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2018. Majlis telah diadakan di Dewan Sekolah SMK
Ketengah Jaya. Program dengan kerjasama PIBG sekolah telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan, Kami warga sejaya amat berharap agar penilaian APSSK
berjalan dengan lancar sekaligus Sejaya dapat melakar sejarah gemilang di
persada kebangsaan. Warga Sejaya juga sangat berharap calon-calon peperiksaan
akan terus diberi kelapangan hati untuk menuntut ilmu dan memahami segala ilmu
yang telah dipelajari dan hasilnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Allahumma Aamin.
Tuesday, August 7, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)