SEJARAH PSS


Pusat Sumber Sekolah Menengah Ketengah Jaya diwujudkan pada tahun 1984 dan ditempatkan di tingkat atas blok A bersebelahan pejabat pentadbiran sekolah. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun,maka pihak sekolah telah memindahkannya ke tempat baru iaitu di tingkat atas blok B dan mula beroperasi pada bulan Mac 1999. Pusat sumber ini terdiri daripada empat bahagian utama iaitu bili Pembelajaran Akses Kendiri(PAK) dan bilik nilam. Pada tahun 2005,PSS ini telah mengorak langkah setelah memenangi pertandingan di peringkat PKG Paka dan daerah Dungun. Pada tahun 2006,Anugerah PSS Cemerlang Negeri Terengganu telah diberikan kepada SMK KETENGAH JAYA telah memperolehi tempat ke-5 sahaja. Walaubagaimanapun,berlibatan ini menjadi kayu ukur di masa depan.Dalam menentukan kejayaan PSS SMK Ketengah Jaya,beberapa ciri PSS Cemerlang telah dijadikan panduan mengikut keutamaan seperti pemantapan pengurus,penyediaan prasarana,penglibatan pengunaan PSS,penilaian dan penambahbaikan. Lantaran itu, PSS KETENGAH JAYA diberi penjenamaan semula iaitu Pusat Sumber Baitul Hikmah . Pada akhir tahun 2015, PSS SMK KETNGAH JAYA sekali lagi telah berpindah ke blok B (bangunan bar) dan mula beroperasi pada awal tahun iaitu bulan Januari 2016 dengan diberi penjenamaan semula iaitu (PUSBA) . Bukan hanya perpustakaan sahaja yang dipindahkan malahan semua bilik-bilik rangkaian PSS turut dipindahkan ke blok B bangunan baru iaitu bilik BBM,Bilik tayang, Bilik SAL, dan Bilik nilam. 




VISI

Insan berilmu dan beraspirasi gemilang


MISI

Ke arah merealisasikan pembelajaran abad 21, murid dan guru berinspirasi dan imej PSS tahap korporat dan global.


MOTO

Transformasi Mercu Kejayaan







No comments:

Post a Comment